Selasa, 18 November 2014

Makan la kita

        Assalamualaikum dan selamat tengahari
semua..sudah makan ke? Hari ini saya dan rakan-rakan telah menjamu selera di Secret Recipe Subang Parade...Lama juga tidak  makan di secret recepi ini..
  
        Secret Recipe ini adalah kafe gaya hidup popular yang diasaskan sejak 1996 Dan dilancarkan secara rasmi pada 1997..Kafe INI berpusat di Malaysia dan telah berjaya membina jenama di Singapura,Indonesia,Thailand,China,Filipina,Brunei dan AUstralia dan telah berjaya membina jenama produknya tersendiri berdasarkan gabungan menu dan kualiti kek yang dicipta..

       Selain itu,ia juga diiktiraf dengan pensijilan halal yang diberikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) ..Terdapat lebih daripada 20 jenis makanan,40 ciptaan kek dan pastri dengan pelbagai berperisa ais krim dan minuman..

        Secret Recepi ini telah bertahan selama 13 tahun dan mempunyai 250 kafe seluruh rantau..Ia telah diasaskan secara francais dan diterajui oleh Steven Sim Leong...

        Okay,hari ini saya telah memilih untuk memesan "chicken Cordon Blue" Dan air "iced Hazelnut latte"...rasa makanan INI sungguh lazat dan simple sahaja...Menu lain yang kami pesan ialah grill mushroom chicken,Golden Crispy Chicken,Iced Honey Lemondad,Oreo milkshake dan Pepsi....Makanan disini sungguh enak Dan pelbagai pilihan....

        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan